17 February 2016

..::Maajun Anggun Bistari Murah!!!::..


Bismillahirahmanirahim....

Maajun Anggun Bistari Murah??????

Dengan RM18 sahaja anda mampu mendapat pelbahagai khasiat dan manfaat...Bukan 1, tp 20 manfaat sayang....




Meh tengok apa lagi khasiat MELETOPS yang ada..

1.
Sebagai #perancang keluarga bagi yang ingin menjarakkan kehamilan#family planning.

2.
#Merawat segala masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan di liang faraj yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan.
3.
#mengetatkan kembali liang faraj bagi wanita selepas bersalin.

4.
#Memontokkan dan #memejalkan kembali otot #payudara

5.
#Menghangatkan dan mengeratkan hubungan suami isteri.- semua wanita mengakuinya sayang.... sbb tu hakak da guna 7thn MAB ni..

6.
#Memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.

7.
#Melancarkan peredaran #haid setiap bulan juga mengembalikan darah haid yg terhenti selepas penyingkiran toksin atau darah-darah kotor. Seterusnya membantu pasangan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. InsyaAllah
-aik, kejap utk merancang,ni leh nk dapatkan zuriat lak..mana satu lak ni.... >> yang ni hakak akan guide mcm mana pulak cara utk dapat kan bby....Mudah2an dengan izin Allah, termakbul niatnya..

8.
Membuang/menyahkan darah-darah kotor dan toksin dalam badan

9.
Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari

10.
Mencantikkan kulit iaitu selepas pengeluaran toksin-toksin dan darah-darah kotor yang terdapat di dalam badan

11.
Mempertingkatkan kembali #imumketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.

12.
Merawat/memecah ketulan angain bagi yg mengalami #masalahangin di dalam badan

13.
#Melawaskan pembuangan air besar

14.
#Mengawalseleramakan dan #menurunkanberatbadan

15.
Mengurangkan kesakitan ketika #haid (#segugut)

16.
Dapat #melangsingkan badan bagi yang mengamalkan diet. Ini kerana akar-akar kayu ini bertindak sebagai penyikiran
bahan-bahan toksin di dalam badan. Jadi badan menjadi ringan dan segala lemak dapat disingkirkan.

17.
Dapat menambahkan #airsusu bagi wanita yang sedang menyusukan bayi

18.
Melambatkan proses #Menopous bagi golongan wanita yang sudah berumur.

19.Merawat sakit-sakit sendi, #sakitPinggang dan #lenguhlenguh badan terutama bagi golongan wanita yang telah berumur

20.
#Mengempiskan perut dan menegangkan kembali otot-otot perut terutama bg ibu yg lepas bersalin.

21.
Kelihatan #awetMuda bg wanita yang mengamalkan secara berterusan




Biar betul ni????? Mana nak cari di arena 2016 harga macam tu kan... Ni bukan nak tipu sayang, ini la kenyataannya... Inila tujuan sy berniaga... sy nak share dengan semua wanita...kalau boleh nakkkkkk sangatttt2 semua wanita mengamalkan MAB ni... rugi rasanya x mengamalkannya.....

2016 bnyak sangat permintaan untuk dapatkan MAb... x kurang juga yang nak jadi sebahagian dr keluarga MAB... erti kata nk jd egen/dealer...
Sungguhpun ianya bukan margin keuntungan yang tinggi tp ianya tetap bergantung pd kesungguhan kita ... wlaupun keuntungannya RM2, tp jika jualannya sebulan 1000 botol, berapa yang akan anda dapat sebulan??????

tak perlu kerja di luar rumah bukan... Ini da terbukti ramai dealer2 kita yang telah berjaya..Housewife menjana pendapatan 4,5 angka dengan menjual maajun... eiiiii maajun je..rm2 je pon....betul ke??? hihii.... sy pun x percaya tp itula yg terbukti kini.....

hingga kini sy rasa menyesal kerana lambat bertindak.... kalau x, sy adalah antara penggenggam 5 angka itu..sob sob..sedih hakak dik...

ok la..malas nk celoteh panjang..

Cepat2 dapatkan stok MAAJUN ANGGUN BISTARI yg mmg power....

contact hakak yer :

012-6782470
012-6782470
fb : Faezah Harun
fb pg : Mab-Maajun Anggun Bistari




10 February 2016

..:: Waktu Subur Wanita::..


sy share dari drazwan.blogspot yer

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA


KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


.
FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?


Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Selamat Mencuba!

c/paste : drazwan.blogspot.com