17 January 2016

:: DEALER MAB::

Alhamdulillah....

Sejak Conference MAB kat Gombak 9hb...terasa bahangnya...
Sejak dr tu, wall fb x henti2 cerita tntg MAB..
Memang betol la..kuat auranya.... telefon hakak bz dik....

Alhamdulillah, boleh katakan setiap hari ada je yg wasapp utk beli MAB. tnye ps MAB...
tak lari jg mcm mana nk jadi dealer MAB... Sungguh, bila da jd dealer tu da tentu harganya x sama seperti harga pelanggan kan...


Mai Akak terangkan syarat-syarat dealer MAB yer...2016


1. Makan sekurang-kurangnya 3 botol berterusan sebagai pengalaman bersama MAB juga untuk membantu permasalahan pelanggan.

2. Minat dalam bisnes dan fokus dengan perubahan atau target syarikat.

3. Menjual mengikut harga yang telah diselaraskan oleh ZAI PERMAI RESOURCES.

4. Ikhlas dalam menjalin urusan bisnes dengan ZAI PERMAI RESOURCES.

5. Zahirkan rasa saling percaya mempercayai dengan syarikat ZAI PERMAI RESOURCES juga pelanggan-pelanggan MAB.

6. Arif tentang info MAB seperti aturan
makan untuk setiap wanita yang ingin makan MAB, membantu pelanggan baru makan yang menghadapi tindak balas awal/healin crysis, harga jualan MAB seperti harga sebagai Dealer dan lain2.

7. Belian tunai-selepas bank in duit ke akaun maklumkan untuk penghantaran.

8. Dilarang mendedahkan perbincangan bersama yang telah dihadiri atau lain-lain tentang produk juga syarikat.
9. Cuba untuk menghadiri perbincangan yang dirancangkan atau berusaha untuk menjalin silaturrahim dengan berjumpa pemilik syarikat ZAI PERMAI RESOURCES.

10. Saling mengenali antara Stokis dan Dealer MAB semua.Rapatkan ukhwah rapatkan saf.

11. Peka terhadap info terkini MAB.Termasuk perubahan pengurusan perniagaan.

12.Minimum belian dan jualan 20 botol setiap bulan.

13.Wajib berada di dalam group what apps atau lain-lain sosial media yg di guna oleh syarikat.


Ok...cukup syarat diatas?
Ingin menyertai keluarga MAB kami??
bukan sekadar omong kosong, anda bisa menjana pendapatan sehingga 4,5 angka jika fokus dan minat.... Ini bukan skim cepat kaya ok...
terbukti sudah... surirumahtangga mampu menjana 4,5 angka...Anda??????

Being from ZERO to HERO
Fast Action Fast Result...
U DO U GOT IT


segera wasapp 0126782470 -faezah
segera wasapp 0126782470 -faezah
segera wasapp 0126782470 -faezah


Anda juga boleh dapatkan MAB di rangkaian sy berdasarkan lokasi-lokasi berikut :


1) Noraini Ali - Bt Berendam, D. Tunggal, A.keroh 0173779218
2) Suhaidah Jasme -Putrajaya 013 3024566
3) Salamah Kasan - Lenga Muar 013 620 2954
4) Kamisah Jamaludin - Bandar Hilir, Bukit Baru dan sekitar 019 686 9417

15 November 2015

..::Good News To All::.. Lets Grab it PROMOTION

Berita Baik...berita baik... untuk semua peminat MAB..


' PROMOTIONS IN THE MONTH OF BIRTH 2015 '

Buat julung julung kalinya, bln ini akan ada promosi jika membeli MAB... sempena Birthday tuan tanah. eceh... promosi ini akan berlansung selama sebulan.

BERMULA PADA 21HB NOVEMBER 2015 SEHINGGA 21hb DISEMBER 2015..

So cepat2 dapatkannya mengikut pakej yang anda mampu...

x kira anda siapa, baru nak menggunakan, sudah menggunakan, berminat nak menggunakan, nak hadiahkan kat orang x kesah mana mana pun...janji nak dapatkan MAB...

mai rapat2... senang je..yang dekat kita COD, yg jauh kita gunakan pos laju.. harini pos esok sampai... dont worry...

wasap/sms : +6012 6782470 - Faezah


PAKEJ A :

* 5 BTL MAB = RM 90 TERMASUK POSTAGE (KECUALI SABAH & SARAWAK YE DARLINGS,JUST ADD RM5 SHJ)
= RM 85 CASH ON DELIVERY (PAGOH MUAR,BT BERENDAM MELAKA)


PAKEJ B :

* 10 BTL MAB = RM 170 TERMASUK POSTAGE (KECUALI SABAH & SARAWAK YE DARLINGS,JUST ADD RM5 SHJ)
= RM 165 CASH ON DELIVERY (PAGOH MUAR,BT BERENDAM MELAKA)


PAKEJ C :

* 25 BTL MAB = RM 395 TERMASUK POSTAGE (KECUALI SABAH & SARAWAK YE DARLINGS,JUST ADD RM5 SHJ)
= RM 390 CASH ON DELIVERY (PAGOH MUAR,BT BERENDAM MELAKA)


PAKEJ D :

1 BTL HABBATUSSAUDA + 3 BTL MAB = RM 82 TERMASUK POSTAGE (KECUALI SABAH & SARAWAK YE DARLINGS,JUST ADD RM5 SHJ)
= RM 79 COD (Pagoh Muar dan bt berendam melaka)

Habbatusauda? apetu?
Ni diantara khasiat habbatussauda :

1) MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
2) MENGUATKAN MINDA
3) MENGUATKAN BADAN / ANTIBODI
4) MENGELAK SERANGAN PENYAKIT
5) MENGAWAL LEMAK/KOLESTROL DALAM DARAH
6) MENGAWAL BERAT BADAN
7) MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN
8) MEMUDAHKAN PENGHADAMAN DALAM USUS/ LAWAS AIR BESAR / MENGATASI SEMBELIT


** ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK MENJADI SUBDEALER KAMI**

#PERLU MKN MAB SEKURANG-KURANGNYA 6 BTL/6BLN
#MEMAHAMI KONSEP DAN ATURAN MAB
#BERMINAT MEMPROMOSIKAN MAB PD MASYARAKAT


>>>BERMINAT NAK BELI. MACAMMANA NI???

mai hakak nak habaq..senang aja...

1...tlg like my fb yer... Maajun Anggun Bistari Muar n Melaka dan juga fb : MAB-Maajun Anggun Bistari


2...wasap/sms akak ye 6012 6782470

3...pilih je mana mana pakej yang minat...

4...dah deal, transfer/bank in ke

#maybank 151089208659 Faezah Harun
#cimb 7612222298 Faezah Harun

5...da transfer/bank in, plzzz send bukti ye..

6...tunggu, brg akan di pos pada ke esokkannya.. tunggu je abg posmen dtg...heheeee


note : pssttt....Amaran!!! hahaha
dapatkan MAB yang original pada pengedar yang sah.....

promosi ini hanya utk pelanggan pada blog & fb ini shj yer.. sebarang pembelian pada dealer di page ini selain saya(Faezah) sila lakukan transaksi/transfer pada dealer yang berkaitan sahaja...

22 August 2015

Nak jana pendapatan?

<strike>Berminat untuk menjadi team kami???
sedikit demi sedikit,lama-lama menjadi bukit... mai cepat wasap kami 0126782470 Faezah ..kesudian anda dialu2kan... #terdapat beberapa syarat untuk menjadi sebahagian dari dealer MAB yang sah: -perlu makan mab sekurang-kurangnya 6 botol -berminat mempromosikan mab :=) -minimum pembelian 20btl

01 February 2015

..:: Mab ada KKM ?

Ramai yang bertanya, MAB ni ada kelulusan KKM ke? Adakah MAB mendapat kelulusan KKM? Bukan tidak mahu mohon.Ini disebabkan beberapa sebab iaitu : 1.Jika pohon perlu ada kilang bertaraf GMP, modal besar utk pembinaan kilang dan melibatkan kos besar utk pekerja,bangunan dll 2.jaminan kualiti akan terjejas 3.Harga pasti berganda-ganda tingi 4.Resepi akan di pattern oleh pihak lain(dikhuatiri hilang resepi turun temurun) 5. walaubagaimanapun pihak kami akan berusaha kearah mendapatkan kelulusan KKM supaya MAB akan lebih dikenali dan diyakini. Sehingga kini dan insyaallah selamanya, kebersihan dan kesucian MAB adalah dijamin TERBAIK. Doakan semoga jualan MAB terus berkembang hingga mampu ada kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). spt sedia maklum, mab adalah herba buatan 100% bumiputera yang berasaskan bahan semulajadi herba.. adalah selamat untuk digunakan... walaupun tiada pengesahan dr KKM, pihak MAB telah melaksanakan langkah-langkah bagi meyakinkan pengguna iaitu dengan menguji kandungan yang terdapat dlm MAB itu sendiri..
ini adalah maklumat khasiat dalam MAB..

16 February 2011

MILIKINYA SETIAP RUMAH



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


HABBATUS SAUDA + MADU

KANDUNGAN:
1) habbatus sauda
2) madu iran

KHASIAT :
1) melancarkan perjalanan darah
2) menguatkn minda
3) menguatkn badan/antibody
4) mengelak serangan penyakit
5) mengawal lemak/kolestorl dlm darah
6) mengawal berat badan
7) membuang angin dalam badan
8) memudahkan penghadaman dalam usus/lawas air besar/sembelit

ATURAN MAKAN :
1) makan 1 sudu kecil sekali sehari
2) makan setiap pagi sebelum makan
3) sesuai penggunaan utk lelaki dan perempuan. Adalah disyorkan bagi isteri
mengambil mab para suami digalakkan mengambil h/sauda.

HARGA : RM 28 SEBOTOL

BERAT : 200GM

H A B B A T U S S A W D A

Mari berkongsi khasiat Habbatus Sauda & Madu...

BAGAIMANA HABBATUS SAUDA’ BERPERANAN

Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.

Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.

Beberapa manfaat jintan hitam atau habbatus sauda berdasarkan penelitian para ahli kedoktoran :

* Menguatkan sistem kekebalan tubuh
* Meningkatkan daya ingat dan konsentrasi
* Meningkatkan bioaktivitas hormon
* Menetralkan racun dalam tubuh,
* Mengatasi gangguan tidur dan stress,
* Anti histamin/anti alergi
* Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
* Melancarkan air susu ibu
* Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
* Anti tumor
* Nutrisi bagi manusia
* Anti Oksidan
* Anti infektif dan broncodialating

Khasiat Madu:

* Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
* Menghentikan batuk dengan cepat
* Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
* Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
* Menghentikan kesakitan sendi
* Baik untuk sistem pernafasan
* Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
* Membunuh kuman dan virus didalam darah
* Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta
menambah keharmonian rumahtangga.
* Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
* Meningkatkan prestasi mental
* Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.

Keistimewaan:
Madu dapat disingkatkan dalam kata-kata Ibnu Sina “Madu itu menguatkan roh (kerohanian), madu itu menambahkan kerajinan (dan semangat), madu menggerak (membuka) selera makan, madu memelihara kemudaan, madu menolong melancarkan percakapan. Pada madu terdapat ciri-ciri makanan, ubat, ibadah, sunnah, taubat sesudah mengenali nikmat Allah yang besar ini dan pendekatan diri kepada Allah.


Perbezaan Madu Iran berbanding Madu Asli Tempatan dan Madu Import yg lain ialah :

1. Di utara Iran ini terdapat empat (4) musim iaitu musim luruh, bunga, panas dan sejuk. Kualiti bunga yang banyak dan bersaiz besar. (Jika anda biasa dengan Cameron Highlands, tentu anda dapat melihat jenis bunga di kawasan tinggi tersebut).

2. Di Negara kita purata hujan turun adalah tinggi, ini bermakna kandungan air di dalam madu kita lebih tinggi, iaitu lebih daripada 20% kandungan air. Manakala Madu Asli Iran ini, kurang daripada 15% kandungan air.


3. Jenis lebah gunung ini (ukuran saiz sebesar ibu jari orang dewasa)dikatakan seekor sahaja yang mengigit manusia boleh membawa maut. Lebah ini membina sarang-sarang di atas tanah yang kelihatan seperti busur-busur kecil. Manakala lebah di Negara kita (lebah hutan) membuat sarang di pokok-pokok tinggi dan madu yang dihasilkan lebih 'panas' dan kuantiti madu juga tidak banyak untuk satu sarang. 'Panas' atau 'sejuk' sesuatu madu sangat bergantung kepada jenis bunga yang dihisap.

4. Madu Asli dari beberapa Negara seperti dari Australia, N.Zealand diperolehi dari lebah yang dibela dalam cermin besar dan lebah-lebah ini menghisap makanan yang telah ahli sains cipta. Tentunya kualiti madunya tidak sama walaupun dicampur dengan sebarang bahan kimia atau gula merah dan sebagainya. Madu ini dapat dihasilkan dengan banyak dan terdapt di pasaraya.


5. Warna Madu Asli Iran ini lebih kehitaman, di mana kandungan bahan mineralnya lebih tinggi tetapi ada juga sebahagian madu asli tempatan yang kelihatan kehitaman tetapi ianya mengambil masa bertahun untuk lebih 'gelap' (pertukaran enzim-enzim dalam madu).

6. Iran adalah pengeluar madu lebah yang berkualiti dan ada banyak jenis madu tetapi madu dari kawasan pergunungan Khonsar ini diiktiraf di Negara Iran sendiri antara madu yang terbaik dari madu-madu dari negeri lain di Iran, malah ada madu yang dikeluarkan dari luar Iran (Negara timur tengah) juga ada yang mendakwa madu mereka dari Negara Iran.


7. Bunga-bunga di kawasan gunung yang tidak tercemar tentunya lebih bersih dan bungaan yang besar dapat menghasilkan jumlah madu yang banyak dan pengusaha ini turut mengeksport ke banyak Negara, termasuk Eropah.

05 January 2011

..::Apa itu MAB::..

4 SHARING..




MAB adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu. kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multipurpose dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga. MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul. MAB juga boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang tua(warga emas). MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi org islam


Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti pada bahagian peranakan/mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah. apa yang MAB buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin). Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda. Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai..Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut)


Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MAB adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut. MAB mmg mmbantu mrawat dalaman kita spt bersihkan darah kotor spt period atau nifas yg x keluar dgn lancar sms kita pantang atau gugur, begitu jg period yg tidak  lancar akan dilancarkan.

02 May 2010

Mari Berkongsi.....


Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
 
Rahsia cantik-sihat wanita secara semulajadi sepanjang hayat.Hanya dengan
penggunaan herba dan bebaskan diri puan2 dari ubat yang mengandungi chemical.
Dapat menjimat kos dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Sihat secara total




..::Jangkitan Kulat Pada Faraj::..

Jangkitan kulat terjadi apabila terdapat ketidak-seimbangan pada tahap asid dan normal bakteria dalam vagina menyebabkan terjadinya jangkitan kulat. Ia adalah jangkitan yang kerap terjadi dikalangan mereka yang aktif secara seksual dan juga wanita hamil.

Apa yang menyebabkan ia terjadi?
Jangkitan kulat boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih dari sebab-sebab berikut: Perubahan hormon semasa hamil
Pemakanan pil perancang
Pengambilan ubat antibiotik atau steroid
Penyakit kencing manis
Hubungan seks
Douching
Darah dan air mani


Apakah simtom jangkitan kulat?
Simtom-simtom termasuk:
Gatal, pedih dan sakit pada faraj
Keluar keputihan yang pekat seperti cheese dari faraj
Rasa pedih semasa kencing dan semasa seks
Bengkak, sakit, dan tumbuh bintik-bintik kemerahan pada faraj.


Apakah penyakit-penyakit lain yang saya mungkin hadapi?
Jangkitan kuman kelamin seperti sifilis, chlamydia, gonorrhea, atau trichomoniasis dan juga jangkitan bacterial vaginosis.

Bagaimana membuat diagnosa masalah jangkitan ini?
Selalunya doktor akan membuat pemeriksaan vaginal untuk melihat corak keputihan tersebut dan selalunya diagnosa akan dibuat secara klinikal. Sekiranya ragu, doktor akan mengambil swab dan menghantar kemakmal untuk ujian kultur.


Bagaimana jangkitan kulat ini dirawat?
Ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti fungal yang diletakan didalam faraj. Ia selalunya akan mengurangkan gatal-gatal dengan cepat dan jangkitan selalunya akan hilang selepas satu minggu. Terdapat juga ubat yang dimakan tetapi akan mengambil sedikit masa untuk merawat kegatalan. Anda boleh bertanya kepada doktor ubat sapu yang boleh digunakan untuk merawat sakit dan pedih disekitar faraj.


Bagaimana saya boleh mencegah jangkitan ini dari berlaku?
Jangkitan kulat boleh dicegah dengan mengamalkan perkara berikut:
Elakkan dari memakai seluar ketat dari kain bersintetik
Pakai seluar dalam dari kapas
Basuh faraj secara rutin dan keringkan ia selalunya.
Sapu faraj dengan tuala dari depan kebelakang
Mandi selepas aktiviti berenang dan keringkan faraj sebaiknya
Tukar seluar dalam sebaik sehaja selepas bersenam atau aktiviti lasak.
Jangan douche atau gunakan spray haruman pada faraj
Jangan pakai panty-liner
Jangan gunakan kertas tandas yang wangi atau berwarna
Makan makanan berkhasiat dan kurangkan makanan manis.
Amalkan memakan yogurt untuk mengalakan pertumbuhan bakteria baik dalam faraj.
Amalkan Maajun Anggun Bistari


Bila saya perlu berjumpa doktor?
Sekiranya anda mendapati simtom kegatalan masih tidak berubah selepas 3 hari rawatan atau simtom datang balik selepas rawatan, berjumpa balik dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda mungkin mengalami jangkitan yang lebih serius.



22 April 2010

..::Persoalan tentang mab???::..

1) Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?
 **Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2)Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period? **Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3)Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB? **Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4) Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?
 **Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5) Betul ke MAB boleh menguruskan badan? **Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya. Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.
Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda.
MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
6) Mab ni buatan maner?
**Jgn risau, hasil keluaran tempatan, Malaysia..nun di utara ..Kedah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
7) Mab ni ada xpired x?
**Tahan sehingga setahun jika disimpan di dlm freezer..
insyaallah tdk akan berkulat.Tiada bahan pengawet..oleh itu, akab berkulat jika letak diluar...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

18 March 2010

..::KANDUNGAN MAB::..


KANDUNGAN2NYER..

Kacip Fatimah
Serapat
Senduduk
Inai
Madu
Manjakani
Habbatus Sauda/jintan hitam
huraian bahan & khasiatnya secara umum..

1)KACIP FATIMAH
- dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid - juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir

2)SERAPAT
-meningkatkan hormon estrogen
- Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran peranakan
- Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan perjalanan haid
- Melegakan senggugut dan medu
-Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh

SENDUDUK
- mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama

3)INAI
- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan)
- untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan
- dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin

4)MADU
- Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.

5)MANJAKANI
- menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- dapat mengurangkan lelehan mukus
- membantu menstabilkan hormon
- melancarkan darah dan memberi tenaga
- begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- dapat menghilangkan jerawat
- amalan setiap hari dapat mengempiskan perut

6)HABBATUS SAUDA/JINTAN HITAM
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif dan broncodialating