16 February 2011

H A B B A T U S S A W D A

Mari berkongsi khasiat Habbatus Sauda & Madu...

BAGAIMANA HABBATUS SAUDA’ BERPERANAN

Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.

Sementara habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.

Beberapa manfaat jintan hitam atau habbatus sauda berdasarkan penelitian para ahli kedoktoran :

* Menguatkan sistem kekebalan tubuh
* Meningkatkan daya ingat dan konsentrasi
* Meningkatkan bioaktivitas hormon
* Menetralkan racun dalam tubuh,
* Mengatasi gangguan tidur dan stress,
* Anti histamin/anti alergi
* Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
* Melancarkan air susu ibu
* Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
* Anti tumor
* Nutrisi bagi manusia
* Anti Oksidan
* Anti infektif dan broncodialating

Khasiat Madu:

* Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
* Menghentikan batuk dengan cepat
* Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
* Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
* Menghentikan kesakitan sendi
* Baik untuk sistem pernafasan
* Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
* Membunuh kuman dan virus didalam darah
* Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta
menambah keharmonian rumahtangga.
* Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
* Meningkatkan prestasi mental
* Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.

Keistimewaan:
Madu dapat disingkatkan dalam kata-kata Ibnu Sina “Madu itu menguatkan roh (kerohanian), madu itu menambahkan kerajinan (dan semangat), madu menggerak (membuka) selera makan, madu memelihara kemudaan, madu menolong melancarkan percakapan. Pada madu terdapat ciri-ciri makanan, ubat, ibadah, sunnah, taubat sesudah mengenali nikmat Allah yang besar ini dan pendekatan diri kepada Allah.


Perbezaan Madu Iran berbanding Madu Asli Tempatan dan Madu Import yg lain ialah :

1. Di utara Iran ini terdapat empat (4) musim iaitu musim luruh, bunga, panas dan sejuk. Kualiti bunga yang banyak dan bersaiz besar. (Jika anda biasa dengan Cameron Highlands, tentu anda dapat melihat jenis bunga di kawasan tinggi tersebut).

2. Di Negara kita purata hujan turun adalah tinggi, ini bermakna kandungan air di dalam madu kita lebih tinggi, iaitu lebih daripada 20% kandungan air. Manakala Madu Asli Iran ini, kurang daripada 15% kandungan air.


3. Jenis lebah gunung ini (ukuran saiz sebesar ibu jari orang dewasa)dikatakan seekor sahaja yang mengigit manusia boleh membawa maut. Lebah ini membina sarang-sarang di atas tanah yang kelihatan seperti busur-busur kecil. Manakala lebah di Negara kita (lebah hutan) membuat sarang di pokok-pokok tinggi dan madu yang dihasilkan lebih 'panas' dan kuantiti madu juga tidak banyak untuk satu sarang. 'Panas' atau 'sejuk' sesuatu madu sangat bergantung kepada jenis bunga yang dihisap.

4. Madu Asli dari beberapa Negara seperti dari Australia, N.Zealand diperolehi dari lebah yang dibela dalam cermin besar dan lebah-lebah ini menghisap makanan yang telah ahli sains cipta. Tentunya kualiti madunya tidak sama walaupun dicampur dengan sebarang bahan kimia atau gula merah dan sebagainya. Madu ini dapat dihasilkan dengan banyak dan terdapt di pasaraya.


5. Warna Madu Asli Iran ini lebih kehitaman, di mana kandungan bahan mineralnya lebih tinggi tetapi ada juga sebahagian madu asli tempatan yang kelihatan kehitaman tetapi ianya mengambil masa bertahun untuk lebih 'gelap' (pertukaran enzim-enzim dalam madu).

6. Iran adalah pengeluar madu lebah yang berkualiti dan ada banyak jenis madu tetapi madu dari kawasan pergunungan Khonsar ini diiktiraf di Negara Iran sendiri antara madu yang terbaik dari madu-madu dari negeri lain di Iran, malah ada madu yang dikeluarkan dari luar Iran (Negara timur tengah) juga ada yang mendakwa madu mereka dari Negara Iran.


7. Bunga-bunga di kawasan gunung yang tidak tercemar tentunya lebih bersih dan bungaan yang besar dapat menghasilkan jumlah madu yang banyak dan pengusaha ini turut mengeksport ke banyak Negara, termasuk Eropah.

No comments: