22 April 2010

..::Persoalan tentang mab???::..

1) Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?
 **Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2)Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period? **Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3)Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB? **Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

4) Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?
 **Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5) Betul ke MAB boleh menguruskan badan? **Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya. Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.
Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda.
MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
6) Mab ni buatan maner?
**Jgn risau, hasil keluaran tempatan, Malaysia..nun di utara ..Kedah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
7) Mab ni ada xpired x?
**Tahan sehingga setahun jika disimpan di dlm freezer..
insyaallah tdk akan berkulat.Tiada bahan pengawet..oleh itu, akab berkulat jika letak diluar...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~